Isnin, 26 Oktober 2009

SEKITAR PERJUMPAAN HARI RAYA 2009
















ASSALAMUALAIKUM

Assalamualaikum,

kepada bapa-bapa, mama-mama, anak-anak, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak saudara, sepupu-sepupu, cucu-cicit dan seluruh keturunan Haji Daud Baringkok yang jauh dan yang dekat. Seperti yang dijanjikan, inilah dia blog KELUARGA HAJI DAUD untuk tempat kita semua berhubung. Siapa yang berminat dan ada masa free mau jadi moderator blog ini, sila hubungi saya (si kakak goyot) di talian 019-3455928 untuk dapatkan username dan password. Atau minta melalui email atau melalui Facebook pun okey juga. Saya kasi saja bah siapa-siapa pun asalkan keturunan Haji Daud hehehe ... Tapi tidak boleh letak password sini takut ada orang lain ambil kesempatan. Siapa yang terlebih kreatif dan pandai ubah-ubah template sama layout buat sajalah. Janji cantik. Jangan kamu ubah jadi lagi buruk cukup :-)...

Untuk yang tidak ketahuan hujung pangkal, pada tarikh 25 September 2009 iaitu hari raya ke-6, satu perjumpaan keluarga anak-anak Haji Daud dibuat di rumah arwah pakcik Rajum di Kg Libang. Semua adik-beradik dari kedua-dua ibu hadir kecuali pakcik Rahim dari Togop. Pertemuan itu sungguh istimewa sebab juga mengumpulkan sepupu-sepupu jauh dan dekat, besar dan kecil. Ada drama air mata, kalah drama Astro hehehe...

Waktu perjumpaan itu juga, timbul cadangan supaya satu perhimpunan keluarga Baringkok besar-besaran diadakan hujung tahun ni. Jadi on the spot satu mesyuarat penaja diadakan malam itu yang dikendali oleh si Bibie, saya sendiri (Lenny@Goyot), Masturah, Siti Razni dan beberapa lagi sepupu-sepupu. Secara kasarnya kami sudah senarai pendek tugas-tugas untuk dibahagi-bahagikan. Untuk projek ini, ketuanya adalah si Adibah sama si Bibie. Setiausahanya si Masturah. Saya tukang canang saja sebab jauh dari kampung.

Cuma yang belum confirm adalah tarikh perjumpaan. Waktu itu tarikh yang dicadangkan adalah pada hari raya haji iaitu 27 November 2009 tapi saya sendiri tidak free tarikh tu. Universiti tengah exam. Saya cadangkan tarikhnya adalah pada 26 Disember 2009 hari Sabtu, serentak cuti Krismas Jumaat tu jadi senang semua orang mau balik. Kebetulan juga cuti sekolah, jadi senang untuk kita punya sepupu yang ramai cikgu ni. Itu cadangan saya sajalah. Kalau ada cadangan lain kita boleh bincang bah. Di sini atau di Facebook pun okey. Tapi kalau boleh kita kasi confirm bulan ini juga jadi senang saya booking tiket flight balik. Tau taulah kalau lagi dekat tarikh lagi mahal itu tiket.

Bah, panjang sudah saya tulis ni, lama-lama jadi cerpen ni. Tolong respon kio. Kasi promote ni blog biar ramai masuk dan meriah sikit.

Salam,
kak Goyot.
p/s: siapa mau jadi moderator email saya memmie77@yahoo.com atau Facebook. Saya pun tidak larat mau urus ni blog satu orang. :-)