Rabu, 9 Disember 2009

HARI KELUARGA HAJI DAUD 2009

SETELAH mendapat maklumat terbaru dari Puan Siti Sumayyah Sqa (nama Facebook hehehe) maka tarikh 26 Disember 2009 akan berlangsung HARI KELUARGA HAJI DAUD. Butir-butir acara adalah:

TARIKH: 26 DISEMBER 2009
HARI: Sabtu
MASA: 8 pagi hingga malam (sampai semua penat laa tu maksudnya ...)
ACARA:
1. Masak beramai-ramai
2. BBQ
3. Bacaan Yassin dan tahlil
4. Sambutan hari jadi dan jangan kamu lupa sambutan ulang tahun perkahwinan makcik kamu Siti Mariam@ Seliam Haji Daud dengan Deen Erwan @ Daim Gunda ya. Tarikh 26 Disember 2009 tu tepat sambutan ulang tahun perkahwinan dia orang yang ke 40 tu.
5.Sesi bergambar
6. Karaoke time

Ada pameran akan dibuat dan semua wakil keluarga diminta beri salasilah & gambar keluarga masing-masing untuk dibuat family tree. Sila hubungi Cik Masturah Tahar atau lawati Facebook untuk berkomunikasi.

Setiap keluarga dan juga semua ahli yang sudah bekerja dipohon menyumbang RM50 (sumbangan bukan kemestian) dan bolehlah diberikan lebih awal supaya barang-barang boleh dipersiapkan awal. Kita juga semua kasi habis tu makanan nanti hahahah ....

Nanti kalau ada maklumat baru akan dikemaskinikan.

TEMA HARI KELUARGA TAHUN INI:
"KUKUHKAN UKHWAH, LUPAKAN SENGKETA" (tema asal)
tapi Uncle Saif tegur katanya tidak mau guna tu LUPAKAN SENGKETA jadi dia cadangkan tema "KUKUHKAN UKHWAH KELUARGA BAHAGIA".

Sama-samalah kita meriahkan hari keluarga ini walaupun kemungkinan besar saya sendiri tidak dapat balik sebab kerja ... uwaaaaaaa ... tapi saya akan tolong publisiti besar-besaran dan buat video conference saja nanti ya...

Salam. Marlenny@ Goyot.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

26hb...insyaAllah kalau ada di darat ada la tu nanti di Ranau, kalau tiada di darat di laut la tu saya. berkorban untuk kamurang juga ni supaya kereta kamu sentiasa ada minyak, dapur kamu sentiada ada gas...kaka....

salam...

-bapa si aizat/faris/sarah-
eh, kamurang kanal ka sepa ni nama budak budak diatas ni??

Tanpa Nama berkata...

huii sapa yang tidak kenal tu tiga orang. Itu gambar dorang di siring ni blog kan heheheh...